Friday 4 December 2015

Filled Under:

Biodata Penuh Dato Seri Vida l Pengasas Qu Puteh



Sebut nama Qu Puteh mesti korang teringat tagline qu puteh qu puteh baru lah putih kan? Dengan trendingnya Gegar Vaganza 2 baru baru ini, nama Dato Vida sering meniti di bibir peminat hiburan.





Nama Penuh : Hasmiza Othman

Umur : 43 Tahun

Asal : Machang, Kelantan

Pengasas produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh


 Dato Seri Vida mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan ( kesusateraan Melayu dan Sejarah).

Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah kebangsaan jenis cina di Ipoh Perak selama 12 tahun. Pada mulanya Datuk Dr. Vida memulakan perniagaan kecil-kecilan ketika di sekolah menengah lagi.

Kini berkat usaha dan kesabaran beliau produk Kecantikan dan Kesihatan iaitu Pamoga dan Qu Puteh kini terkenal di seluruh negara, brunei dan singapura.



Beliau pernah membuka perniagaan Salon. Di situ beliau mula membuat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan pelanggan di Salon bagi rawatan wajah.


Mula mengorak langkah dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK). Dengan ini beliau lebih aktif dalam mempromosi produk keluarannya.


Kini produk Qu Puteh dan Pamoga laris di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Tahniah buat anak melayu kita yang telah berjaya menjadi usahawanita dengan penuh bergaya. Semoga lebih maju dan kekal putih…




0 comments:

Post a Comment